BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Isnin, 7 Februari 2011

Nukilan yang kesembilan

Kali ini nukilan saya berkenaan dengan situasi di mana ketika saya berada di kampung. Pada suatu hari, saya pergi ke rumah saudara saya untuk menolongnya membuat persiapan perkahwinan. Sedang asyik saya megupas bawang, ada seorang mak cik memberitahu kami sesuatu dengan ayat yang berbunyi:
      
Aduh, dah dua hari aku selsema hidung ni!

Komen:
Berdasarkan ayat yang telah mak cik tersebut ungkapkan, ayat itu didapati terdapat kesalahan bahasa. Hal ini demikian kerana 'selsema hidung' merupakan unsur lewah. Dalam erti kata lain, apabila menyebut selsema ia tidak perlu lagi menyebut hidung kerana semua sudah sedia maklum bahawa selsema mesti berlaku di hidung. Jadi disini, dengan menyebut selsema sudah memadai.

0 ulasan: