BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Jumaat, 11 Februari 2011

Nukilan yang ketiga belas

Nukilan yang saya mahu ceritakan ini berkenaan dengan gelagat penjual di karnival terbuka Kolej Ungku Omar yang diadakan pada 10 Februari hingga 13 Februari. Saya dan kawan saya pergi jalan-jalan di karnival tersebut untuk mencari makanan. Ketika saya sedang meronda dan melihat gerai-gerai, saya terpandang sebuah gerai yang menjual air. Penggerai tersebut hanya menjual air yang biasa sahaja. Tetapi, perkara yang menarik ialah, air tersebut diberi nama sempena nama artis dan pemain bola sepak. Antara nama air tersebut ialah:

*Nescafe K. Raja Gobal
*Bandung Ana Rafali
*Jagung Khairul Fahmi Che Mat
*Laici susu Luna Maya

Komen:
Bagi saya, penggerai tersebut menamakan air tersebut dengan menggunakan nama artis dan pemain bola sepak kerana ingin mencipta kelainan walaupun air yang dijualnya hanyalah air biasa sahaja. Penggerai tersebut sengaja mengguna nama-nama artis dan pemain bola sepak kerana mereka sedang terkenal dan mempunyai ramai peminat. Dengan demikian, penggerai tersebut dapat menarik perhatiann pelanggan supaya membeli air yang ada digerainya.
  



0 ulasan: