BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Rabu, 9 Februari 2011

Nukilan yang kesebelas


Nukilan ini saya tulis ketika menonton televisyen. Pada mulanya saya sedang menonton drama kegemaran saya iaitu sinetron Cinta dan Anugerah. Sedang asyik menonton, tiba-tiba terdapat berita ringkas berkenaan protes di Mesir pada bahagian bawah televisyen dan saya sempat membacanya. Tetapi saya dapati ada terdapat sedikit kesalahan ejaan iaitu:
Semua pelajar Malaysia berada dalam keadaan selamat dan berada dalam kumpulan yang besar. Bekalan makanan mengcukupi.
Komen:
Dalam ayat yang telah saya nyatakan di atas, tedapat kesalahan ejaan. Perkataan yang salah dieja ialah 'mengcukupi'. Ejaan yang sepatutnya ialah 'mencukupi'. Di sini terdapat kesalahan dalam pemilihan penggunaan imbuhan meN. Alomorf yang sepatutnya digunakan ialah 'Men' bukan 'Meng'.

0 ulasan: