BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Selasa, 8 Februari 2011

Nukilan yang kesepuluh


Nukilan kali ini berkenaan dengan peristiwa ketika saya dan kawan-kawan sedang menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah sewaktu berada di dalam kelas. Saya menjadi pencatat, manakala kawan-kawan yang lain berbincang dan memberitahu jawapan dan idea. Ketika saya sedang menulis, ada seorang daripada kawan saya menegur. Teguran tersebut berbunyi:
Sarah, tulisan kamu ni cakar ayam betul. Tulislah kemas-kemas. Nanti susah pensyarah hendak baca.

Komen:
Berdasarkan teguran yang telah kawan saya nyatakan itu, saya dapat mengesan terdapat unsur simpulan bahasa iaitu, 'cakar ayam'. Biasanya jarang orang menggunakan simpulan bahasa ketika bertutur dalam kehidupan seharian mereka. Namun, kawan saya ada memasukkan unsur simpulan bahasa dalam percakapannya walaupun tujuannya adalah untuk menyindir, tetapi masih berlapik dan tidak menyebabkan si pendengar terasa hati.  

0 ulasan: