BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Isnin, 14 Februari 2011

Nukilan yang keenam belas


Nukilan kali ini saya tulis kerana saya anggap perkara tersebut agak biadap. Peristiwa ini berlaku ketika saya berada dalam bilik di Kolej Harun Aminurrashid. Pada masa tersebut, saya baru sahaja mahu melelapkan mata setelah penat di siang hari. Ketika dalam keadaan mengantuk campur letih tersebut, saya terdengar kawan sebilik saya bercakap dengan emaknya melalui telifon. Pada mulanya saya buat memperdulikan perbualan dia dengan emaknya. Tetapi, saya terdengar dia menyebut perkataan 'aku'. Ayatnya berbunyi:
Alah mak, aku takde pape la.

Komen:
Pada pandangan saya, perkataan aku yang digunakan oleh kawan sebilik saya ketika bercakap dengan emaknya sangat tidak sopan. Hal ini demikian kerana seorang anak perlu menggunakan bahasa yang halus dan santun ketika berkomunikasi dengan ibu bapa. Bagi saya, dia perlu mengubah perkataan 'aku' kepada 'saya'. 

0 ulasan: