BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sabtu, 12 Februari 2011

Nukilan yang keempat belas

Nukilan kali ini berkenaan dengan memo yang ditampal pada papan kenyataan. Situasi ini berlaku ketika saya sedang menunggu lif untuk turun membeli makanan di Kolej Harun Aminurrashid. Ketika sedang menunggu lif berhenti, saya membaca memo yang ditampal pada papan kenyataan yang berada di hadapan lif. Terdapat memo yang ditampal oleh Biro Sukan dan Rekeasi Kolej Harun Aminurrashid. Memo tersebut berkenaan sukan yang akan diadakan di Stadium Proton City. Sukan yang dianjurkan ialah Kejohanan Olahraga tertutup UPSI ataupun KEJORA.

Komen:
Pada pendapat saya, memo tersebut tiada apa-apa yang memelikkan. Namun, ada satu perkara yang saya perasan ialah penggunaan akronim. Akronim yang saya maksudkan ialah KEJORA ataupun Kejohanan Olahraga. Bagi saya, penggunaan akronim tersebut sangat sesuai dan memudahkan penyebutan kerana tidak perlu disebut penuh. 

0 ulasan: