BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Khamis, 10 Februari 2011

Nukilan yang kedua belas


Nukilan kali ini berkenaan pergaduhan. Pergaduhan tersebut saya lihat ketika saya dan keluarga sedang berada di dalam kereta menuju ke hospital untuk menziarah pak cik yang sakit. Ketika itu musim cuti tahun baru Cina. Jadi jalan sesak dengan kenderaan dan perjalanan untuk ke destinasi mengambil masa yang sangat lama. Sebelum ini jika saya ke hospital, perjalanannya hanya setengah jam namun, pada hari tersebut perjalanan saya mengambil masa tiga jam. Setelah berasa letih berada kedudukan posisi yang sama, saya mengalihkan kedudukan menghala ke luar tingkap. Ketika itu saya dapat melihat sebuah kereta Persona melanggar kereta Wira dari arah belakang. Pemandu kereta wira dan persona tersebut keluar dan saya melihat mereka berbincang tetapi dalam keadaan marah dan menengking antara satu sama lain. Antara ayat yang saya dapat dengar dengan jelas ialah:
Ahhh, peduli apa aku! Pergi mampuslah kau.

Komen:
Berdasarkan situasi dan ayat yang telah saya nyatakan, di sini dapat saya rumuskan bahawa perkataan 'mampus' yang digunakan oleh salah seorang pemandu tersebut adalah merupakan perkataan yang dianggap kasar dalam masyarakat Melayu. Hal ini demikian kerana, dalam bahasa Melayu sendiri pakar-pakar bahasa telah menukarkan perkataan-perkataan yang dianggap kasar kepada perkataan yang lebih halus. Perkara tersebut dinamakan Eufemisme.    

0 ulasan: