BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Khamis, 17 Februari 2011

Nukilan yang kesembilan belas

Nukilan yang saya coretkan kali ini berkenaan ayat yang diutarakan oleh seorang Profesor sewaktu saya berjumpanya di dalam bilik di Fakulti Bahasa dan Komunkasi. Ketika sedang berbincang tentang pelbagai isu, banyak pandangan dank omen yang diujarkan oleh professor tersebut. Ayatnya yang menjadi perhatian saya ialah:
Nampak macam bodoh, bila cakap sah bodoh.

Komen:
Pada mulanya memang saya tergelak mendengar ayat tersebut. Tetapi bila saya tafsir semula maksud ayat tersebut, ia mempunyai maksud yang dalam dan bagi saya ayat tersebut betul. Kita sebagai manusia yang diberikan akal fikiran yang waras mesti berusaha untuk menjadi orang yang berguna kepada agama, bangsa, dan Negara supaya tidak dianggap bodoh. Sebaliknya, walaupun kita kelihatan macam orang bodoh, tetapi percakapan kita haruslah mencerminkan diri kita yang berkaliber supaya orang yang mendengar tidak menyangka bahawa itu ialah diri kita.

0 ulasan: