BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Ahad, 13 Februari 2011

Nukilan yang kelima belas


Nukilan ini saya petik daripada filem arahan Ahmad Idham. Filem yang saya maksudkan ialah Hantu Mak Limah Balik Rumah. Semasa saya sedang menonton filem seram komedi tersebut, saya dapat menangkap ada kesalahan bahasa yang digunakan oleh pelakon yang memegang watak Pak Abu atau nama sebenarnya ialah Zami Ismail. Ayat pak Abu tersebut berbunyi:
Kita perlu selesaikan segera masalah di kampung kita dan mengsetelkan masalah hantu Kak Limah ini.

Komen:
Dalam ayat yang telah saya nyatakan di atas, saya dapati kesalahan bahasa iaitu perkataan mengsetelkan. Perkataan setel berasal daripada perkataan Inggeris iaitu settle, dan dalam bahasa Inggeris tidak ada imbuhan meng…kan. Jadi penggunaan perkataan mengsetelkan tersebut salah kerana perkataan itu dianggap bahasa rojak.

0 ulasan: