BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Rabu, 23 Februari 2011

Nukilan yang kedua puluh tiga


Ketika ini tergerak lagi hati ini ingin mencoret nukilan yang berikutnya. Nukilan kali ini berkenaan kempen. Situasinya ialah ketika saya berlegar-legar di ruangan bawah Perpustakaan Tuanku Bainun. Ketika itu saya ingin membeli air minuman di koperasi perpustakaan. Semasa menuju ke koperasi tersebut, saya terbaca iklan kempen yang ditampal di dinding. Ayat iklan tersebut berbunyi:
Jom Pi Surau..

Komen:
Di UPSI sememangnya banyak melakukan kempen-kempen. Antaranya ialah kempen yang telah saya nyatakan di atas. Kempen tersebut mengajak orang ramai supaya pergi ke surau untuk menunaikan solat berjemaah. Ayat kempen tersebut menggunakan bahasa yang santai kerana ingin mengambil hati orang ramai. Mungkin bahasa tersebut dianggap mesra dan orang ramai akan berminat untuk mengikutinya.  

0 ulasan: