BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Rabu, 26 Januari 2011

Nukilan yang Kelapan

Nukilan ini berkenaan dengan kesalahan ejaan ataupun istilah yang digunakan. Ceritanya bermula semasa saya dan kawan-kawan dalam perjalanan menuju ke kampus dengan menaiki kereta. Ketika itu, jalan sesak dan di hadapan kereta saya terdapat sebuah lori yang bertayar 16. Pada bahagian belakang lori itu tertulis ayat yang berbunyi seperti:
Awas, Mautan panjang!
Awas, Barang panjang!

Komen:
Pernyataan ayat terdapat pada lori tersebut salah dari segi ejaannya. Hal ini sudah tentu akan mendatangkan kekeliruan kepada pengguna jalan raya yang lain dalam memahami perkataan tersebut. Satu lagi, pasti segelintir pengguna jalan raya mempunyai tanggapan yang negatif seperti ayat 'Awas, barang panjang!'. Jadi, setiap pemilik kendaraan seperti lori tersebut haruslah mengambil berat akan kesalahan bahasa tersebut supaya tidak menimbulkan kekeliruan masyarakat.  

0 ulasan: