BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Jumaat, 21 Januari 2011

Nulikan yang kelima


Seterusnya nukilan berkaitan dengan seorang budak perempuan yang telah kehilangan telefon bimbitnya. Saya kebetulan pada waktu itu berjalan di belakangnya dan saya terdengar dia memaki hamun si pencuri telefon bimbitnya.
Siapa yang celaka sangat curi telefon aku???
Memang beruk r.......
Benci aku.....jenis mak bapak tak ajar...

Komen:
Pada mulanya saya agak terkejut mendengar budak perempuan itu sedang memaki-hamun. Namun, apabila saya dengar betul-betul, rupa-rupanya telefon bimbitnya telah dicuri. Mungkin pada waktu itu dia sedang marah sehingga mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya. Perempuan itu turut melibatkan mak ayah pencuri tersebut dengan mengatakan mak dan ayahnya tidak mengajar akhlak yang baik. Bagi saya, dia tidak sepatutnya melibatkan mak ayah dalam soal ini kerana setiap ibu bapa pasti tidak mahu anaknya melakukan perkara yang tidak elok.  

0 ulasan: