BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Selasa, 18 Januari 2011

Nukilan yang kedua

Kali ini situasi berkenaan dengan seorang rakan sekuliah saya. Situasi ini berlaku sewaktu berada di dalam kelas Semantik. Dalam kelas tersebut, pensyarah menyuruh pelajar membentangkan tajuk-tajuk yang telah dibahagikan sebelumnya. Setelah itu, pensyarah membincangkan semula tajuk-tajuk yang telah dibentangkan oleh pelajar-pelajar. Pensyarah tersebut memilih pelajar untuk menghuraikan semula perkara yang telah dibentangkan beserta dengan contoh untuk membezakan penggunaan bahasa dalam masyarakat. Tiba-tiba ada seorang pelajar perempuan memberikan contoh yang dianggap kurang sopan walaupun perkataan yang disebutkan adalah betul. Perkataan yang disebutkan ialah 'kopek' dalam bahasa Kelantan sedangkan dia berasal daripada kedah.

Komen: Pada pandangan saya sebagai orang pantai Timur, perkataan tersebut tidak sesuai dijadikan contoh. Hal ini demikian kerana perkataan 'kopek' tersebut membawa unsur lucah bagi masyarakat pantai timur. Namun, 'kopek' menurut asalnya ialah mengupas. Dalam hal ini, saya tidak setuju dengan pelajar tersebut kerana masih banyak lagi contoh-contoh yang wajar boleh dikemukakan supaya tidak timbul salah sangka dan saya pasti bahawa pelajar tersebut telah mengetahui maksud perkataan tersebut mengikut pandangan masyarakat pantai Timur.  

0 ulasan: