BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Khamis, 20 Januari 2011

Nukilan yang keempat

Nukilan kali ini berkenaan dengan dialek. Dialek yang saya maksudkan ialah dialek yang digunakan oleh masyarakat di negeri Kedah. Kisahnya bermula apabila seorang daripada rakan serumah saya di kolej Harun Aminurrashid meminta roti daripada saya.
Ani: Akak, saya nak sedikit roti akak.
Saya: Akak mana ada roti, biskut ada la.
Ani : Saya nak biskut tu la.
Kemudian baru saya faham bahawa roti yang dimaksudkan ialah biskut jagung kepunyaan saya.

Komen:
Setiap negeri mempunyai dialeknya yang tersendiri seperti Terengganu, Kelantan, Sarawak termasuklah negeri Kedah. Masyarakat di negeri Kedah menggunakan istilah roti untuk biskut. Menurut bahasa Melayu yang sebenar, istilah tersebut dianggap salah. Tetapi, memandangkan istilah itu  merupakan dialek, perkataan tersebut dapat diterima dan mempunyai makna daripada segi leksikografinya. 

0 ulasan: