BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Isnin, 17 Januari 2011

Nukilan pertama

Situasi ini berlaku sewaktu saya dengan kawan-kawan sedang menaiki lif menuju ke bilik kuliah. Sewaktu kami berada di dalam lif tersebut, ada seorang kakak yang berkemungkinan kakitangan upsi juga berada di dalam lif itu dan berdiri di belakang kami. Apabila lif tersebut berhenti di aras 'G', kakak tersebut dengan gayanya yang sombong minta laluan daripada kami untuk keluar dengan menggunakan perkataan ''excuse me''. Sedangkan waktu itu kami yang berada di hadapan pintu lif juga mahu keluar.

Komen:
Pada pendapat saya, kelakuan kakak tersebut dianggap kurang sopan. Hal ini demikian kerana, kita orang timur dan mempunyai adab yang santun. Jadi, dengan memnggunakan perkataan bahasa Inggeris untuk meminta izin keluar sangat tidak sopan. Sekiranya kakak itu minta laluan dengan sopan dalam bahasa inggeris pun saya masih menganggap ianya beradab. Tetapi dalam hal ini, kakak tersebut bercakap dengan nada yang berlagak sehingga membuatkan saya dengan kawan-kawan memandang sama sendiri. Saya berharap kakak itu berubah dan berkelakuan lebih sopan walaupun dengan orang yang tidak dikenali.

0 ulasan: