BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Isnin, 24 Januari 2011

Nukilan yang keenam


Ruangan kali ini berkenaan dengan seorang pemandu bas yang berbangsa Cina dan dia selalu mengambil penumpang yang mahu pergi ke pecan. Sekiranya terdapat ramai penumpang yang berdiri di tangga bas, dia menyuruh penumpang masuk dan memenuhi bahagian dalam. Dia berkata dalam pelat Cinanya:
Masuk dalam!!!masuk dalam!!!
Nanti jatuh…
Muka cantik kaki talak..

Komen:
Situasi ini sering saya alami terutama ketika saya mahu ke pekan. Ketika saya menaiki bas tersebut saya terdengar pemandu bas berkata demikian kepada para penumpangnya bagi menjamin keselamatan. Kalau mahu dikira, perkataan 'talak' yang digunakan adalah salah. Namun, kita sudah sedia maklum bahawa masyarakat yang berbangsa Cina sangat sukar untuk menyebut dengan betul perkataan dalam bahasa Melayu. Tetapi saya sangat kagum dengan pemandu bas tersebut yang cuba bercakap bahasa Melayu.

0 ulasan: