BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sabtu, 5 Mac 2011

Nukilan yang ketiga puluh

Nukilan yang saya garapkan kali ini berkenaan dengan radio. Biasanya sebelum tidur, saya mendengar radio dahulu sementara menunggu mata lelap. Ketika sedang asyik mendengar juruhebah radio berceloteh, saya dapat mengesan kesalahan bahasa yang digunakan. Juruhebah itu menggunakan ayat yang berbunyi:
Jika sekiranya saya berada di tempat kejadian, saya tidak dapat bayangkan macam mana keadaan saya ketika itu.

 Komen:
Berdasarkan ayat di atas, saya dapati terdapat kesalahan dalam ayat itu. Kesalahan tersebut ialah 'jika sekiranya'. Perkataan tersebut salah kerana apabila ingin menggunakannya, kita boleh pilih salah satu daripadanya. Kalau hendak gunakan 'jika', 'sekiranya' tidak diperlukan lagi kerana maksudnya adalah sama. Begitulah sebaliknya.        

0 ulasan: