BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Rabu, 16 Mac 2011

Nukilan yang ketiga puluh sembilan

Hari ini saya pergi ke kelas Ketrampilan Menulis sambil meredah hujan. Saya kebasahan kerana tidak membawa payung. Saya terpaksa meredah hujan kerana hari ini saya ada pembentangan kerja kursus. Ketika sampai di kelas, kumpulan pertama telah memulakan pembentangan. Saya mendengar pembentangan tersebut sambil membaca isi-isi yang ditayangkan di skrin. Kebetulan pada waktu itu, seorang pelajar berbangsa Cina membuat pembentangan. Pelajar tersebut bercerita tentang sasterawan negara. Tiba-tiba pelajar lain tergelak. Rupa-rupanya pelajar Cina tersebut tersilap cakap. Dia berkata: "Tokoh ini telah terlibat dalam bidang penulisan selama dua puluh lebih tahun". 
 
 Komen:
Jika diperhatikan, ayat yang telah saya petik di atas mengandungi kesalahan bahasa iaitu, susunan ayat yang terbalik. Ayat terbalik yang saya maksudkan ialah, dua puluh lebih tahun. Pada pandangan saya, pelajar Cina tersebut mungkin tidak berapa fasih berbahasa Melayu. Jadi, itulah sebabnya dia bercakap terbalik dan tidak tersusun.

0 ulasan: