BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Khamis, 3 Mac 2011

Nukilan yang kedua puluh sembilan

Ketika saya sedang melayari laman web untuk mencari maklumat, saya terjumpa sesuatu yang pada saya sangat menarik. Perkara yang saya maksudkan ialah papan tanda JKR yang terletak di Jalan Bahau, Kuala Pilah Negeri Sembilan. Papan tanda tersebut tertulis:
IKUT SUKA…DUKA
IKUT RASA…BINASA
IKUT HATI… MATI

Komen:
Saya amat tertarik dengan papan tanda tersebut. Sebelum ini, saya tidak pernah lihat lagi papan sedemikian. Mungkin di tempat saya tidak ada papan tanda sebegitu. Pada pandangan saya, ayat-ayat yang tertulis di papan tanda tersebut adalah untuk mengingatkan pengguna jalan raya supaya memandu dalam keadaan berhati-hati supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini.         

0 ulasan: