BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Rabu, 16 Mac 2011

Nukilan yang ketiga puluh tujuh

Nukilan yang saya garapkan kali ini berkisarkan lirik lagu. Lagu tersebut sebenarnya sudah lama, tetapi sekarang saya masih mendengarnya. Mungkin kerana lagu tersebut bagus. Lagu yang saya maksudkan ialah lagu  Relaku Pujuk  nyanyian Tam Spider. Ketika saya sedang menyiapkan kerja kursus, saya mendengar lagu bagi menghilangkan rasa mengantuk. Tetapi, apabila saya mendengar lagu yang dinyanyikan oleh Spider itu, saya sempat menangkap baris ayat yang pada fikiran saya tidak sesuai. Ayat tersebut berbunyi:
Tiada lafaz yang lebih agung
Kalimah cintamu yang kutunggu-tunggu

Komen:
Saya bukan mahu komen berkenaan lagu tersebut bagus atau tidak. Bagi saya lagu tersebut bagus, cuma baris-baris ayat yang saya nyatakan di atas kurang sesuai dimasukkan. Hal ini demikian kerana, dalam islam lafaz yang lebih agung ialah 'Lailiahaillallah'. Sedangkan dalam lirik tersebut, lafaz yang lebih agung ialah kalimah ucapan cinta daripada seorang wanita. Pada pandangan saya, penulis lagu perlulah mengkaji dahulu sebelum menulis lirik-lirik lagu kerana ada sesetengahnya tidak sesuai. 

0 ulasan: