BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Khamis, 3 Mac 2011

Nukilan yang kedua puluh lapan

Nukilan ini saya catatkan ketika saya sedang berbual-bual dengan seorang kawan. Saya berbual-bual pasal isu semasa. Dia menceritakan bahawa jirannya telah ditangkap khalwat. Kawan saya menceritakan ketika pasangan itu dicekup pegawai pencegah maksiat, mereka sedang 'berkepit di katil'.


Komen:
Perkara yang ingin saya komen ialah berkenaan ayat 'berkepit di katil'. Pada pandangan saya, ayat tersebut salah kerana bila kita teliti ayat itu jadi maksud lain. Kita boleh kata mereka berkepit di tepi katil, bawah katil kerana tidak dikhususkan. Ayat yang betul ialah 'berkepit di atas katil'. 

0 ulasan: