BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Isnin, 7 Mac 2011

Nukilan yang ketiga puluh dua

Nukilan jiwa kali ini ingin bercerita tentang kekeliruan. Kekeliruan yang saya maksudkan ialah keliru berkenaan dengan kata ganda. Situasinya bermula apabila saya menemani kakak saya menghafiri temuduga sebagai Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT). Apabila keluar daripada pusat temuduga, kakak saya bertanya kepada akan perkataan:
'kata-kata aluan' atau 'kata alu-aluan'

Komen:
Jika saya perhatikan, sememangnya berlaku kekeliruan antara dua kata ganda tersebut. Hal ini demikian kerana, mungkin sesetengah orang tidak pernah mengambil peduli akan perkataan itu, atau mungkin mereka tidak mengetahui langsung mana satu kata ganda yang betul. Apabila dianalisis, jawapan yang betul ialah 'kata-kat aluan' dan bukan 'kata alu-aluan' kerana apabila bercakap ataupun berucap, mestilah banyak perkataan yang disebut. Oleh sebab itulah kita menggandakan kata dan bukan aluan.

0 ulasan: