BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Isnin, 7 Mac 2011

Nukilan yang ketiga puluh satu

Ketika saya sedang membaca artikel pada halaman utama facebook, saya mengesan ada kesalahan bahasa yang digunakan. Kesalahan bahasa yang saya maksudkan ialah kesalahan penggunaan kata hubung. Dalam artikel tersebut, terdapat penggunaan kata hubung 'Oleh kerana'.

Komen:
Jika diteliti, penggunaan kata hubung diatas sememangnya salah. Mengapa saya berkata sedemikian? Hal ini demikian kerana, 'Oleh kerana' merupakan kata hubung. 'Oleh' pun kata hubung dan 'kerana' pun kata hubung. Jadi, dalam bahasa Melayu, jika terdapat dua kata hubung dalam satu ayat, maka ayat tersebut dianggap salah. Sebab yang lain pula, selepas kata hubung 'oleh' mesti hadir kata nama. Tetapi, 'kerana' bukan kata nama, jadi penggunaannya yang betul ialah 'Oleh sebab'.    

0 ulasan: