BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Rabu, 16 Mac 2011

Nukilan yang keempat puluh

Nukilan ini berkisarkan istilah yang tidak difahami. Pada suatu hari, saya sedang makan di meja makan sementara kawan saya hendak membancuh teh. Ketika kawan saya itu hendak mengambil gula, dia berkata "gula kita hendak balik ke kedai".

Komen:
Berkenaan ayat yang telah saya nyatakan di atas, maknanya tersirat. Pada mulanya saya tidak memahami akan ayat yang dinyatakan. Kemudian apabila saya bertanya kepada kawan saya akan ayat tersebut, barulah saya faham bahawa gula tersebut telah habis dan perlu dibeli gula yang baru di kedai. Sebab itulah kawan saya menggunakan ayat "gula kita hendak balik ke kedai". 

0 ulasan: