BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Rabu, 16 Mac 2011

Nukilan yang ketiga puluh lapan

Kali ini saya ingin bercerita tentang nama nam kampung. Saya terdengar di Terengganu ada sebuah kampung yang bernama Kampunh Tok Imam Lapar. Kampung tersebut berada di Manir, Terengganu. Saya ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kampung tersebut. Sehinggalah pada satu malam, saya mencari kampung tersebut di internet. Apa yang saya jumpa ialah papan tanda yang tertulis nama kampung tersebut. Ejaan dalam bahasa Melayu betul, tetapi ejaan dalam bahasa Jawi salah. Perkataan yang salah ejaannya ialah 'imam'. Tetapi tulisan Jawi yang ditulis ialah 'iman'.

Komen:
Pada pandangan saya, kesalahan ejaan tersebut mungkin disebabkan oleh kekurangan pengetahuan dalam tulisan Jawi. Jadi apabila menulis, sudah pasti berlaku kesalahan ejaan kerana bunyi antara 'imam' dan 'iman' hampir sama dan yang membezakannya ialah huruf 'mim' dan 'nun'.    


0 ulasan: