BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sabtu, 12 Mac 2011

Nukilan yang ketiga puluh empat

Kali ini saya ingin ceritakan tentang ayam. Ayam yang saya maksudkan ialah Kelantan fried Chicklen (KFC). Saya beranggapan semua pelajar UPSI tahu tentang penjual ayam itu. Penjual ayam tersebut selalu berniaga jika kolej-kolej mengadakan karnival. Saya salah seorang pelanggan yang setia kerana saya suka ayam goreng itu. Perkara yang saya ingin tegaskan sebenarnya ialah tentang kain rentang KFC itu. Pada kain rentang tersebut tertulis:
AWAS!
ANDA SEDANG BERADA DI GERAI
RAJA AYAM GORENG MALAYSIA
Kelantan Fried Chicklen

Komen:
Pada pandangan saya, ayat tersebut maksud asalnya menyuruh kita berhati-hati dan berjaga-jaga kerana dibimbangi berlaku perkara yang tidak diingini. Tetapi dalam konteks ini, penjual tersebut ingin menarik perhatian pelanggan supaya singgah di gerainya.

0 ulasan: