BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Selasa, 1 Mac 2011

Nukilan yang dua puluh lima

Saya tergerak hati mahu tulis nukilan ini ketika saya pergi ke pekan Tanjung Malim. Saya pergi ke pekan adalah untuk menemani kawan saya yang mahu pergi beli buku rujukan. Sewaktu sampai di jalan yang menghala ke KFC, saya ternampak papan tanda yang salah ejaannya. Kesalahan ejaan tersebut ialah:
*LALUAN MOTORSIKAL.

Komen:
Pada pandangan saya, ejaan tersebut sememangnya salah. Ejaan yang sebenarnya ialah 'laluan motosikal'. Kesalahan tersebut boleh menyebabkan orang ramai keliru dan sekiranya ada pelancong yang datang, sudah tentu akan menyebabkan mereka pandang sinis terhadap Malaysia terutama masyarakat Indonesia yang serumpun bahasanya dengan Malaysia.    

0 ulasan: