BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Selasa, 1 Mac 2011

Nukilan yang kedua puluh tujuh

Nukilan ini saya dapat idea ketika saya berada dalam kelas. Kelas yang saya maksudkan ialah kelas Kesusasteraan dalam Pembangunan Modal Insan. Ketika itu saya sedang sibuk menyalin nota, manakala pensyarah pula menerangkan kepada para pelajar berkenaan nota yang dikuliahkan. Ketika pensyarah terbabit bercakap, saya perasan ada perkataan yang tidak pernah saya dengar disebut olehnya. Perkataan yang saya maksudkan ialah:
'Sepupu duai'

Komen:
Jika saya teliti perkataan tersebut, saya berasa sedikit kehairanan. Lalu saya menyebutnya berulang kali. Tetapi saya berasa pelik dan janggal ketika menyebutnya. Mungkin sebelum ini saya tidak pernah menyebut perkataan itu. Seperti yang saya sedia maklum, kebiasaannya orang menyebut 'ipar duai'. Tetapi dalam kes ini, saya merasakan bahawa sepupu duai tersebut mugkin salah dan juga mungkin betul.         

0 ulasan: